Thursday, July 1, 2010

Welcome Juniors..

Selamat datang ke program Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) Universiti Sultan Zainal Abidin kepada pelajar-pelajar baru..

Pada 4 Julai ini, para pelajar baru akan mula mendaftar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi pengambilan 2010/2011..seramai 2,010 (ada yg mengatakan 2,040) tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini..

Daripada jumlah itu, seramai 30 orang pelajar merupakan calon bagi program Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian)..tahniah kepada yang terpilih untuk memasuki universiti ini..

Minggu 1Siswa (sebelum ni Minggu Mesra Siswa) pula akan berlangsung selama empat hari bermula 4-8 Julai 2010..

Pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (kecuali Nursing) akan berpindah daripada Kampus Gong Badak ke Asrama Maidam pada 9 Julai 2010..bersedia untuk orientasi..haha..

Kepada Emynur Shafekh, Zetty Hulwany & Nur Raihanah..selamat menjalankan tugas sebagai Pembantu Mahasiswa..
Related Posts with Thumbnails