Saturday, September 25, 2010

Diet menggila @ TER

Salam readers..hehe

Kali ni nak cerita pasal pertandingan boling pulak..anjuran Mydam Sports & Recreational Club (MyClub) pada 24 September di Terengganu Equastrian Resort (TER)..

Seramai 50 orang ahli MyClub join pertandingan ni..pertandingan adalah berkumpulan dan 1 team ada 6/7 peserta..dietetik hantar 2 team - boys & girls..

Team 1:
- Ridhwan (Dudu) hehe
- Fatah
- Emynur
- Shahir
- Zul Ikram
- Danial (Medic) *terpaksa import jugak sebab dah xde boys diet lg..hehe

Team 2:
- Zulaikha
- Raihanah
- Amira
- Catherine
- Zetty
- Rubini (medic) *terpaksa import jugak sebab dah xde girls diet lg..hehe

Tahniah kepada team boys diet sebab muncul Johan pertandingan dgn jumlah mata 638 jauh meninggalkan team-team lain..hehe..Shahir pulak muncul sbg top bowler dengan jumlah 126 jatuhan pin (correction: pnganjur mengumumkan Emynur sebagai top bowler, sebenarnya Shahir)..

Penguasaan diet semakin menggila apabila 4 bowler mengisi ranking teratas top bowlers:

#1: Shahir (126)
#2: Emynur (124)
#3. Dudu (122)
#4. Fatah (113)

Namun begitu, team girls diet kurang bernasib baik malam tu..(ayat skema mula keluar)..tapi takpe, cuba lagi next time..at least beri saingan kpd team lain..

Congratulation to all winners...walaupun dietetik datang sebagai peserta minority je (10 orang), kalau nak dibanding dengan medic yg memenuhkan bas..hehehe...tapi kami berjaya mencipta fenomena dgn penguasaan cemerlang..ni la yg dinamakan the minority's power..hehe..

Lain kali kalau ada apa-apa event student diet dijemput untuk memenuhkan bas ye..tak menyesal join..!!! bawak balik hadiah banyak!! woww!!..

Friday, September 3, 2010

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua student dietetik unisza, staf-staf fpsk & semua warga unisza..

Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dan ceria buat semua..

Balik nanti bawak kuih banyak-banyak..kalau dah banyak tu jangan la dok melantak sorang kat bilik..share-share la..kekeke...

Insyallah kita buat jamuan hari raya dietetik lagi macam tahun lepas...hee~ tapi tahun ni lebih ramai & lebih gempak..

Sunday, August 22, 2010

Dean's List 2


Tahniah diucapkan kpd pelajar-pelajar Dietetik tahun 2 yang menerima Anugerah Dekan bagi Semester II sesi 2009/2010..

Anugerah telah disampaikan oleh Yg. Bhg. Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abd Latif, Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UniSZA dalam Majlis Anugerah Dekan & Berbuka Puasa FPSK 2010..Majlis telah sempurna dijalankan pada 21 Ogos 2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA kampus Gong Badak..

Pada kali ini, pelajar-pelajar Dietetik sekali lagi telah menunjukkan kecemerlangan apabila mengekalkan jumlah 16 orang penerima anugerah daripada keseluruhan 28 orang pelajar Dietetik tahun 2 pada semester lepas..

Penerima Anugerah Dekan:

1. Catherine Cheah Chiu Wern
2. Emynur Shafekh Bin Semen
3. Mohd Fatahudin Bin Ishak
4. Amira Nadiah Binti Abu Bakar
5. Mohd Ikram Bin Zulkipli
6. Ain Fatinah Binti Abu Bakar
7. Nurul Sofia Binti Mohd Salim Lim
8. Nur Khairiyah Bt Hendry Muslim
9. Sitti Adzna Binti Abirin
10. Zulaikha Binti Abd Razak
11. Ummu Habibah Binti Adalan
12. Asma Iqlima Binti Adam
13. Fatin Arira Binti Ahmad Tarmizi
14. Siti Syakiroh Binti Zaimi Azlan
15. Nurul Zahidah Binti Muhammad
16. Siti Khalida Binti Abdul Lah

Tahniah! Semoga kecemerlangan ini dapt diteruskan dan dipertingkatkan..

Diharap para pelajar tahun 1 Dietetik dapat mengambil inspirasi dan semangat di atas kejayaan dan keecemerlangan mereka..

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan


Salam...

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucap Selamat Menyambut Ramadhan yg mulia kpd semua student dietetik unisza...

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keistimwaan dan pengertian dalam diri...

Puassa tau jangan tak puasa...

Thursday, July 1, 2010

Welcome Juniors..

Selamat datang ke program Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) Universiti Sultan Zainal Abidin kepada pelajar-pelajar baru..

Pada 4 Julai ini, para pelajar baru akan mula mendaftar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi sesi pengambilan 2010/2011..seramai 2,010 (ada yg mengatakan 2,040) tawaran telah dikeluarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini..

Daripada jumlah itu, seramai 30 orang pelajar merupakan calon bagi program Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian)..tahniah kepada yang terpilih untuk memasuki universiti ini..

Minggu 1Siswa (sebelum ni Minggu Mesra Siswa) pula akan berlangsung selama empat hari bermula 4-8 Julai 2010..

Pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (kecuali Nursing) akan berpindah daripada Kampus Gong Badak ke Asrama Maidam pada 9 Julai 2010..bersedia untuk orientasi..haha..

Kepada Emynur Shafekh, Zetty Hulwany & Nur Raihanah..selamat menjalankan tugas sebagai Pembantu Mahasiswa..

Monday, June 21, 2010

Gangguan Sistem Daftar Kursus

Pemberitahuan:

Terdapat sedikit masalah sistem di Portal Pelajar untuk mendaftar kursus bagi Semester 3 di mana pelajar hanya boleh mendaftar kursus Universiti sahaja.

Semua dinasihatkan supaya tidak mendaftar kursus terlebih dahulu sehingga sistem pulih dan urusan pendaftaran kursus dapat dijalankan dengan lancar.

Pendaftaran kursus boleh dilakukan sehingga 22 Julai 2010.

Harap semua bersabar ye..tau la da tak sabar nak start sem baru..hehe =)

Wednesday, June 16, 2010

Related Posts with Thumbnails