Monday, June 21, 2010

Gangguan Sistem Daftar Kursus

Pemberitahuan:

Terdapat sedikit masalah sistem di Portal Pelajar untuk mendaftar kursus bagi Semester 3 di mana pelajar hanya boleh mendaftar kursus Universiti sahaja.

Semua dinasihatkan supaya tidak mendaftar kursus terlebih dahulu sehingga sistem pulih dan urusan pendaftaran kursus dapat dijalankan dengan lancar.

Pendaftaran kursus boleh dilakukan sehingga 22 Julai 2010.

Harap semua bersabar ye..tau la da tak sabar nak start sem baru..hehe =)

Wednesday, June 16, 2010

Tuesday, June 15, 2010

Announcement

Pengumuman kepada semua student dietetik...

Ada beberapa pembetulan bagi sesi perkuliahan semester 3..

1. Penukaran subjek:

HFS 4233 Pemakanan & Kitaran Hidup
HFS 3143 Mikrobiologi Makanan
HFS 3103 Biokimia Metabolisma
HFS 4264 Penilaian Status Pemakanan
UMW 3012 Asas Pembudayaan Keusahawanan
UIQ 3010 Talaqqi Al-Quran
UBF 3012 Bahasa Perancis (tukar kepada UBC 3012 Bahasa Mandarin)
Kokurikulum (semua student dietetik diselaraskan mengambil Badminton)

2. Jadual kuliah:

Kelas akan diadakan pada hari Sabtu - Rabu..
Cuti adalah pada hari Khamis & Jumaat..

3. Pendaftaran kursus secara online dibuka pada 17 Jun - 22 Julai..

4. Jadual exam:

Draf jadual Peperiksaan Akhir Semester 3 telah dikeluarkan. Draf jadual boleh dimuat turun (download) di Portal Pelajar..


Friday, June 4, 2010

Who Is A Dietitian..?

Masih ramai lagi yg masih tak mengenali siapa itu dietitian (pegawai dietetik) dan apa tugas serta fungsinya...memandangkan bidang dietetik masih lagi baru di Malaysia, jadi sukar untuk kita menjelaskan kepada komuniti apa fungsi dietitian yang sebenarnya...

Ada juga yang keliru dengan menyamakan dietitian dengan nutritionist ..sebenarnya kedua post ini mempunyai skop tugas yang berbeza tetapi dengan fungsi yang sama - secara amnya, meningkatkan taraf kesihatan melalui pemakanan yang sihat..

Mengikut apa yang telah dijustifikasikan oleh Malaysian Dietitian Association (MDA)*:

"A dietitian is a professional trained in translating the science of food, nutrition and medical nutrition therapy to meet the needs of individual or target groups, whether in disease or health. He/she is equipped with the knowledge and skills to conduct nutritional assessment, prescribe medical nutrition therapy, provide dietary consultation for the treatment of diseases /illness, in both acute and chronic care.

Besides this, the dietitian also play an important role in providing expertise in the promotion of wellness through proper eating, development of modified diets/meals/recipes in the food service organization, catering industry and food manufacturing industry in various sectors. Dietitians participate in research and apply practice, based on scientific – evidence.

The
dietitian is also involved in providing input for the formulation of policies, protocols, clinical practice guidelines, medical nutrition therapy guidelines, planning and implementation of programmes, to support the current healthcare needs of the population.
"




Terdapat beberapa kategori dietitian*, antaranya:

1. Clinical Dietitian

Clinical Dietitian provide their services to inpatients and outpatients at hospitals or medical centres. Doctors refer patients to the dietitian for consultation on the nutritional modifications required for the treatment of the disease or condition for the critically ill or chronic diseases. Clinical dietitians conduct nutritional assessment, and prescribe the diet based on the anthropometry, biochemical, clinical diagnosis and dietary intake.

2. Food Service Dietitian

Food Service Dietitians or managers are responsible for planning and management of the meal production (normal or therapeutic meals) and delivery system to ensure quality and safety of foods provided to the patients or clients. The food service organizations include hospitals or medical centres, institutions, prisons, airline catering, staff cafetarias, food chain outlets, restaurants, etc.

3. Community Dietitian

Community Dietitians work closely with wellness programmes from health organizations from both local and international. These dietitians apply and disseminate knowledge about food and nutrition to individuals and target groups in the lifespan. They can be involved in coordinating nutritional programs in public health agencies, daycare centers, health clubs, recreational camps and resorts.

4. Sports Dietitians

Sports Dietitians work with sports organizations, and agencies involved in the promotion of sports among our population.

5. Corporate Dietitian

Corporate Dietitians encompass dietitians working in sectors whereby consultancy and professional advice is required in disseminating professional and accurate information about a particular product, consultancy or service.

6. Research Dietitian

Research Dietitians work at universities or research organizations. They conduct research studies in various aspects that support further development in nutrition and dietetics research.




*Sumber: Malaysian Dietitian Association (MDA)

Wednesday, June 2, 2010

Skema jawapan berdialog

ni untuk pertama kalinya skema jawapan di publish dlm blog..

skema jawapan ni khas untuk student dietetik udm je tau..

memandangkan U kita sekarang dah tukar nama baru, jadi kita kena ubah sikit dialog atau skema jawapan kita yg dulu...

hayatilah skema jawapan berdialog di bawah ni...


makcik: belajar kat mana sekarang?

student: kat unisza, makcik..

makcik: unisza tu ape?

student: unisza tu universiti sultan zainal abidin...

makcik: oo..makcik tak pernah dengar pun?

student: dulu namanya universiti darul iman malaysia, UDM..sekarang dah tukar jd universiti sultan zainal abidin...

makcik: oo..bru mkcik tau..tp UDM tu kat mana? makcik x pernah tau pun..universiti baru ke?

student: a'ah makcik..universiti baru..kat Terengganu..dulunya KUSZA...

makcik: ooh..KUSZA...patut la tak pernah dengar UDM..ambik jurusan ape kat sana?

student: sy ambik jurusan dietetik..

makcik: menatang ape pulak dietetik tu..???

student: (sila ikut skema yg biase korang guna)

*** tertakluk kpd keadaan..dialog boleh diubah asal isinya sama...

UDM to Universiti Sultan Zainal Abidin

Salam...

Bahawasanya Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) secara rasminya telah bertukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin pada 13 Mei 2010...

Pengumuman telah dibuat di group MPP UDM 09/10 di Facebook pd 31 Mei 2010..

Segala urusan rasmi universiti selepas ini akan menggunakan nama Universiti Sultan Zainal Abidin..



Sekian...

Tuesday, June 1, 2010

Sem II dah lepas..Sem III..???

Salam semua..

Result exam utk sem II baru je keluar..dan sy pasti ramai atau boleh dikatakan semua dah tahu result masing2..ada yg gembira dan ada juga yg sedih dan kecewa dengan result yg diperoleh..

Taki kisah la apa pun result yg kita dapat, itulah sebenarnya yg telah kita usahakan selama 5 bulan sem II..nak salahkan orang lain pun tak boleh jugak, sebab bukan orang lain yg menentukan baik buruk result exam kita..semuanya datang daripada diri kita sendiri..kita yg menentukan baik buruk result exam kita..mungkin yg mana kurang baik tu kurang usahanya..yg mana baik tu pulak lebih usahanya..jadi redha, tawakkal dan syukur dengan result yg kita dapat..

Mungkin ini ujian daripada Allah utk menguji kesabaran hamba2 Nya..dan juga peluang utk kita perbaiki kelemahan diri kita..top-up mana2 yg patut utk sem depan..subjek makin mencabar dan sudah pasti cabaran dan dugaannya semakin kuat..jadi apa yg perlu kita lakukan adalah tingkatkan usaha utk mencapai yg lebih baik sem III dan seterusnya...

Menurut sumber yg boleh dipercayai, result sem II (dietetik) keseluruhannya menurun daripada sem I..dan menurut statistik tak rasmi, subjek Sosiologi Pemakanan (Nutritional Sociology) jd penyumbang utama kpd penurunan ni..rasanye semua dah tahu..dan perkara ni mmg dah diduga dr awal..mmg susah nk gile soalan dia..

Tapi tahniah kpd semua kerana score with flying colors (terbang2 gitu) subjek Pathology (subjek lain tak tahu lg)..

Cuti ada lg balance sebulan..jd boleh la prepare apa2 yg patut utk sem III..yg penting persediaan mental utk menghadapi cabaran sem III...mind set dan target set pd awal sem sgt penting utk menentukan arah dan hala tuju kita utk keseluruhan sem..jd semoga sem III ni akan lebih baik daripada sem sebelumnya...
Related Posts with Thumbnails